Site icon TechNave BM

BlackBerry jual paten telefon kepada HUAWEI

Pegawai Ketua Kewangan (CFO) BlackBerry Steve Rai telah mengesahkan bahawa mereka sudah pun menjual beberapa paten telefon kepada HUAWEI dalam usaha untuk menjual aset BlackBerry yang dianggap tidak lagi mendatangkan nilai. Urus niaga tersebut berlaku pada 12 Januari dan melibatkan paten yang dikatakan tidak lagi relevan kepada BlackBerry.

Media melaporkan bahawa BlackBerry telah menjual 90 hak intelek kepada HUAWEI dan menyifatkan paten-paten tersebut sebagai kemajuan teknologi yang penting untuk industri telefon pintar. Pemindahan paten tersebut sudah pun didaftarkan dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Adakah HUAWEI akan menghasilkan sesuatu yang unik daripada paten-paten ini? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mobile World

Exit mobile version