Site icon TechNave BM

Blackview Hero 10 mungkin jadi telefon boleh lipat paling murah di dunia

nubia Flip 5G yang dilancarkan awal bulan ini dengan harga RM2,499 merupakan telefon boleh lipat paling murah dalam pasaran. Namun, itu tidak akan kekal lama kerana akan ada telefon boleh lipat yang lebih mampu milik bakal dilancarkan kelak.

Menurut sumber, Blackview Hero 10 boleh menjadi telefon lipat yang lebih mampu milik. Telefon itu dijangka dilancarkan pada Mei 2024 dengan harga 399 euro (~RM2,034). Jika ia datang ke Malaysia, kita secara realistik dapat melihat tanda harga di bawah RM2000. Walau apa pun, ini akan menjadikannya lebih murah daripada nubia Flip 5G.

Blackview Hero 10 akan datang dengan paparan AMOLED 6.9 inci beresolusi 1080×2560 piksel tetapi kadar penyegaran hanya 60Hz. Ini adalah salah satu daripada langkah yang diambil untuk mengurangkan kos telefon. Ia juga mempunyai kamera utama 108MP, ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 32MP. Ia dikuasakan oleh cipset Helio G99 yang hanya menawarkan sokongan 4G.

Telefon ini juga mempunyai RAM 12GB, storan 256GB dan pengecasan pantas 45W. Kapasiti bateri belum disahkan tetapi ia mungkin tidak begitu besar. Ia mempunyai ketebalan 8.8mm dan berat 198g. Sama-sama kita nantikan kemunculan telefon boleh lipat paling murah ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Blackview Hero 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version