BMW memeprkenalkan perlindungan automotif terkini dengan model i7 Protection baharu. Kereta ini telah ditala oleh VR9 yang menawarkan salah satu tahap pensijilan balistik tertinggi untuk kereta awam. Perbezaan kenderaan ini daripada Siri 7 standard ialah ia direka untuk menahan keadaan yang melampau.
Badannya diperbuat daripada keluli berperisai dan boleh menahan peluru 7.62 X 54 R. BMW i7 Protection menonjol sebagai sedan perlindungan pertama di dunia dengan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Tangki bahan api pada versi ICE mempunyai perlindungan khas yang boleh menutup sendiri jika terkena peluru bagi mengelakkan kehilangan bahan api.
i7 Protection dilengkapi dengan dua motor yang memberikan 544 kuasa kuda, tork 549 dan kelajuan tertinggi terhad kepada 99mph. Oleh kerana berat tambahan perisai, ia mencapai 0-62 mph dalam 9.0 saat. Anggaran jaraknya ialah 210 batu dengan mengambil kira 30 kilowatt jam setiap 100 kilometer kecekapan WLTP.
BMW memastikan pengalaman sempurna kepada pelanggannya dengan ciri seperti paparan melengkung 31 inci, 28 pembesar suara dan pelbagai lagi. Harga untuk model eksklusif Eropah ini masih tidak didedahkan tetapi dijangka melebihi $168,500 (~RM771,632).
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Inside EV

