Site icon TechNave BM

BNM: Pindahan wang terus antara Malaysia dan Singapura kini tersedia melalui DuitNow, PayNow

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) telah bersama-sama melancarkan jalinan sistem pembayaran masa nyata antara DuitNow Malaysia dengan PayNow Singapura.

Inisiatif ini merupakan susulan kepada jalinan pembayaran kod QR yang diumumkan pada 31 Mac 2023 yang membolehkan pembayaran QR rentas sempadan digunakan oleh peniaga. Jalinan DuitNow-PayNow membolehkan pemindahan dana P2P antara dua negara tersebut dibuat dengan serta-merta, selamat dan berkesan daripada segi kos.

Jalinan sistem pembayaran masa nyata ini juga merupakan sistem pertama yang membolehkan penyertaan institusi kewangan bukan bank dari kedua-dua negara untuk memberikan akses kepada kumpulan pengguna yang lebih meluas.

Pengguna boleh menghantar dan menerima dana hingga RM3,000 atau S$1,000 setiap hari dengan menggunakan nombor telefon mudah alih atau VPA penerima. Bagi pengguna di Malaysia, perkhidmatan ini akan boleh digunakan oleh semua pengguna Maybank, CIMB dan TNG Digital dahulu manakala institusi kewangan lain akan turut serta secara berperingkat.

Bagi Singapura, perkhidmatan ini akan disediakan kepada pelanggan Liquid Group, Maybank Singapura, OCBC dan UOB secara berfasa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: BNM

Exit mobile version