Site icon TechNave BM

Bolehkah anda memuat turun Android 10 pada iPhone? Jawapan Project Sandcastle, boleh

Seperti yang kita sudah sedia maklum, peranti Apple seperti iPhone semestinya dioperasikan oleh sistem iOS sendiri. Namun, pernahkah anda terfikir, adakah sebuah iPhone boleh memuat turut sistem Android? Berita ini mungkin boleh menjawab persoalan anda.

Terdahulu, sumber melaporkan Corellium sebelum ini telah berjaya memuat turun Android pada iPhone. Terkini, sebuah projek daripada mereka (Project Sandcastle) telah dikongsikan yang mana mereka berjaya untuk meletakkan sistem Android ke dalam iPhone moden.

Ringkasnya, mereka telah membina satu carta untuk melihat kemajuan pencapaian mereka daripada pelbagai aspek ciri teknologi (boleh lihat di bawah). Apa pun, iPhone tidak menggalakkan pengguna untuk mengoperasikan peranti dengan sandbox. Sedikit makluman, Corellium adalah sebuah syarikat virtualisasi sistem pengoperasian mudah alih. Sandbox atau Project Sandcastle adalah salah satu daripada projek mereka.

Kami sarankan anda untuk membiarkan peranti anda beroperasi dengan fitrahnya, peranti iOS dengan sistem iOS. Begitu juga peranti Android dengan sistem Android untuk pengalaman yang lebih mantap tanpa sebarang masalah. Lontarkan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan membaca TechNaveBM.com untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GizChina

Exit mobile version