Site icon TechNave BM

Bonggol kamera iPhone 14 Pro mungkin lebih tebal disebabkan sistem kamera 48MP baharu

Menurut penganalisis Apple yang terkenal, Ming-Chi Kuo mengatakan bonggol pada kamera iPhone 14 Pro dan ‌iPhone 14 Pro‌ Max kelihatan agak tebal disebabkan oleh sistem kamera lebar 48MP baharu. Kuo membalas skema bocor yang dikongsi oleh Max Weinbach baru-baru ini di Twitter. 

Skema menunjukkan bahawa dataran di sekitar bonggol kamera belakang model ‌iPhone 14 Pro‌ akan meningkat kira-kira lima peratus dalam kelebaran 35.01mm kepada 36.73mm dan ketinggian 36.24mm kepada 38.21mm. Bonggolan kamera pula meningkat daripada 3.60mm pada iPhone 13 Pro kepada 4.17mm pada ‌iPhone 14 Pro‌.

Kuo menambah bahawa contact image censor (CIS) 48MP iPhone meningkat sebanyak 25 hingga 35 peratus menyebabkan ketinggian lensa kamera naik sehingga lima hingga sepuluh peratus. Reka bentuk susunan kamera TrueDepth yang baru, kamera lebar 48MP serta kamera swafoto dalam takuk pil dan lubang pada skrin adalah antara ciri ‌iPhone 14 Pro‌ yang paling banyak dikhabarkan. 

Sistem kamera 48MP dijangka hanya ada pada ‌iPhone 14 Pro‌ dengan rakaman video 8K yang memberi prestasi kamera  yang lebih baik berbanding kamera 12MP iPhone 13 Pro dengan keupayaan rakaman video 4K. Video 8K yang dirakam dengan ‌iPhone 14 Pro‌ juga dikatakan sesuai untuk ditonton menggunakan set kepala AR/VR Apple.

Kuo berkata bahawa beliau percaya kualiti kamera model ‌iPhone 14 Pro‌ akan meningkatkan fotografi kamera telefon mudah alih ke tahap yang baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version