Boost hari ini melancarkan kerjasamanya dengan platform aplikasi terbesar di dunia iaitu Google Play. Kerjasama tersebut membolehkan Boost digunakan dalam transaksi pembayaran di Gedung Google Play.
Dalam satu kenyataan hari ini, Boost berkata bahawa ciri baharu ini membolehkan semua pengguna Android di seluruh Malaysia menikmati pengalaman gaming dan penstriman tanpa gangguan pada semua aplikasi Gedung Google Play.
Selain itu, sebagai sebahagian daripada pelancaran, Boost menjalankan promosi ‘Play To No End’ mulai sekarang hingga 31 Januari 2023. Dalam tempoh ini, pengguna yang membayar dengan Boost di Gedung Google Play dan mana-mana aplikasi Gedung Google Play boleh menikmati penjimatan sehingga RM10.
Secara khusus, RM5 pertama akan diberikan sebagai pulangan tunai Google Play apabila anda membuat pembayaran pertama di Gedung Google Play dan RM5 kedua adalah dalam bentuk kredit Boost Partner Wallet apabila membuat pembayaran lain pada bulan berikutnya. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Boost di sini.
Untuk mengaktifkan transaksi dalam aplikasi Boost, pengguna mesti memautkan akaun Boost mereka ke Google Play dahulu dan kemudian menambah Boost sebagai kaedah pembayaran pilihan mereka. Anda juga boleh mengaktifkannya melalui pautan ini atau terus dalam profil Google Play pengguna masing-masing di bawah ‘Pembayaran dan Langganan’.
Apakah pendapat anda tentang ciri baharu Boost ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

