Site icon TechNave BM

Bosch melabur ~RM13 bilion dalam pengeluaran cip menjelang 2026

Kumpulan teknologi Bosch menjangkakan kekurangan bekalan untuk beberapa jenis cip akan berlarutan hingga 2023. Mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan melabur 3 bilion euro (~RM13 bilion) dalam pengilangan cip menjelang 2026.

Walaupun permintaan cip berkurang pada tahun 2022, mereka menjangka permintaan akan menjadi lebih tinggi pada tahun 2023. Inisiatif ini adalah untuk memanfaatkan sokongan Eropah dalam industri bagi mengurangkan pergantungan kepada pembekal cip di luar negara.

Bosch melabur dalam penghasilan cip silikon karbida dan penderia mikro untuk pelbagai kegunaan, daripada kereta hingga fon telinga. Syarikat itu akan meletakkan 170 juta euro (~RM757 milion) untuk pusat pembangunan baharu di Jerman dan 250 juta euro (~RM111 milion) untuk mengembangkan fab wafer miliknya di Dresden.

Mereka akan meneroka pembuatan cip menggunakan gallium nitride yang boleh mencapai pengurangan kuasa empat kali ganda berbanding dengan cip berasaskan silikon standard.

Tidak seperti pembuat cip lain, fab wafer Bosch direka untuk cip 40 hingga 200 nanometer yang digunakan dalam sistem kenderaan elektrik. Syarikat itu menggunakan kebanyakan cip yang dibangunkan sendiri, tetapi juga bergantung pada bekalan daripada pengeluar pihak ketiga.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Reuters

Exit mobile version