Site icon TechNave BM

Boston Dynamics hasilkan video muzik menampilkan robot-robotnya menari dengan rancak

Syarikat robotik dari Amerika Syarikat, Boston Dynamics, telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan kebolehan robot-robot mereka untuk menari secara seragam. Video tersebut menampilkan dua robot berbentuk manusia bernama Atlas, satu robot berbentuk anjing bernama Spot dan satu robot bernama Handle.

Robot-robot tersebut melakukan koreografi menari berlatarkan muzik Do You Love Me oleh The Countours. Memandangkan tugas pemprograman robot untuk tugas ringkas pun sudah sukar, jurutera di Boston Dynamics pastinya sudah membina sejarah dengan susunan tarian ini.

Ini bukanlah kali pertama Boston Dynamics membuat video tarian daripada robot mereka, sebelum ini Spot telah ditampilkan dalam sebuah video di mana ia menari dengan lagu Uptown Funk oleh Bruno Mars. Atlas juga sebelum ini telah melakukan pelbagai gerakan yang menakjubkan untuk sebuah robot seperti melompat dalam laluan berhalangan serta membuat backflip.

Spot merupakan satu-satunya produk Boston Dynamics yang dihasilkan secara komersial setakat ini. Salah satu penggunanya adalah kerajaan Singapura di mana ia digunakan untuk mengawal penjarakan sosial sewaktu wabak COVID-19.

Kongsi pendapat anda tentang video menarik ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version