Site icon TechNave BM

BSH fasa ketiga dibayar bermula Jumaat ini

Terkini, Kementerian Kewangan telah memaklumkan beberapa maklumat mengenai pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ketiga. Untuk pengetahuan anda, pembayaran akan bermula mulai Jumaat ini (24 Julai 2020).

Penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun ke bawah dengan maksimum empat orang anak. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah berdartar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran boleh dituntut secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember.

Menambah kepada maklumat BSH ini, permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran pada fasa pertama dan kedua terdahulu pula akan dibayar secara sekaligus dalam pembayaran fasa ketiga mengikut nilai kelayakan. Anda juga boleh membuat rayuan BSH 2020 yang akan dibuka mulai 7 Ogos sehingga 6 September 2020 di pautan BSH rasmi.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version