Site icon TechNave BM

BTS ARMY Malaysia kini boleh pra-tempah Samsung Galaxy S20+ dan Galaxy Buds+ Edisi BTS, bermula RM899

Baru sahaja petang semalam kami memaklumkan mengenai maklumat pra-tempahan Samsung Galaxy S20+ dan Galaxy Buds+ di Amerika Syarikat. Terkini, Samsung Malaysia telah mengumumkan maklumat pra-tempahan peranti-peranti tersebut untuk peminat BTS di pasaran Malaysia!

Pra-tempahan bermula pada 19 Jun sehingga 5 Julai 2020 melalui pautan Samsung ini. Jika anda pra-tempah Galaxy S20+ Edisi BTS pada harga RM4,399, anda akan mendapat peluang untuk emmbeli Galaxy Buds+ Edisi BTS dengan harga RM449.50 sahaja (lebih kurang separuh harga dari harga asal!).

Jika anda pra-tempah Galaxy Buds+ Edisi BTS dengan harga asal RM899, anda bakal menerima hadiah pad pengecas Wireless Charger Pad Edisi BTS (bernilai RM199). Anda boleh menyemak spesifikasi Samsung Galaxy S20+ di pautan ini dan membaca artikel lepas berkenaan Galaxy Buds+.

Adakah anda sebagai BTS ARMY bakal mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version