Site icon TechNave BM

BTS dan YouTube Shorts anjurkan cabaran Permission To Dance bermula minggu ini!

Kumpulan penyanyi sensasi dari Korea Selatan, BTS, akan bekerjasama dengan YouTube bagi menganjurkan pertandingan Permission To Dance Challenge bermula hari Jumaat, 23 Julai sehingga Sabtu, 14 Ogos.

Dalam pertandingan tersebut, peserta dijemput untuk menari kepada lagu terbaru daripada BTS bertajuk Permission To Dance dan kongsikan video tarian tersebut ke dalam YouTube Shorts. Peserta perlu membuat video selama 15 saat dan mengikut tarian yang ditunjukkan dalam video muzik Permission To Dance, terutamanya gerak tari “International Sign” yang kerap dilakukan dalam video tersebut.

Peserta juga perlu meletakkan perkataan #PermissionToDance dan #Shorts dalam kapsyen video mereka. BTS bakal berkongsi video-video kegemaran mereka dalam sebuah kompilasi YouTube Shorts, jadi pastikan anda menari sebaik mungkin untuk layak berada dalam kompilasi tersebut!

Kini, BTS adalah antara artis yang amat popular dalam YouTube, dengan jumlah tontonan mencapai 10 bilion dan jumlah pelanggan kepada saluran mereka mencecah 54 juta orang.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai cabaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version