Site icon TechNave BM

BTS lancar lagu baru “ON” secara eksklusif di TikTok

TikTok, destinasi utama dunia untuk video ringkas di aplikasi mudah alih dengan misi memberi inspirasi kepada kreativiti. Kumpulan BTS yang sangat terkenal di seluruh dunia akan melancarkan lagu terbaru mereka secara eksklusif yang betajuk “ON” dari album baru ‘MAP OF THE SOUL: 7‘.

Pengguna akan dapat menikmati lagu baru “ON” 12 jam sebelum pelancaran album mereka yang akan tersedia secara eksklusif melalui TikTok. Peminat BTS di seluruh dunia bukan sahaja menjadi orang pertama yang menikmati klip video selama 30 saat tetapi juga membuat video TikTok mereka dengan muzik dari lagu itu.

BTS secara rasmi menyertai TikTok pada 25 September 2019. Menurut laporan BTS bakal memegang rekod dunia untuk masa terpantas dengan mencapai satu juta pengikut dalam masa 3 jam 31 minit. Baru-baru ini di Anugerah Grammys 2020, BTS telah diangkat menjadi band boy Korea pertama di pentas.

Adakah anda tidak sabar untuk menantikan kemunculan BTS dengan lagu terbaru di TikTok? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version