Site icon TechNave BM

Budak 4 tahun dari Shah Alam leka tonton YouTube sampai terbeli mainan bernilai RM700

Seorang budak empat tahun dari Shah Alam, Selangor telah membelanjakan wang ibu bapanya sebanyak RM700 untuk membeli mainan, tanpa pengetahuan mereka.

Pada mulanya, Sharifah Cut Hastasy Nasir, 28, berasa hairan dengan pelbagai penghantaran barang mainan pada 18 Mac lalu, walaupun beliau atau suaminya tidak memesan sebarang produk daripada mana-mana syarikat e-dagang. Tidak lama kemudian beliau menyedari bahawa anaknya, Luth Harris Aufa, 4, telah membeli mainan tersebut sewaktu menonton video YouTube dan bermain game.

Sharifah menjelaskan bahawa iklan untuk barang mainan sering terpapar dalam video yang ditonton oleh Luth Harris. Iklan tersebut selalu menarik perhatiannya dan berjaya membuatnya untuk menyentuh butang ‘klik dan beli’. Suami Sharifah pula langsung tidak menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) dan pesanan yang dibuat oleh anaknya terus diluluskan.

Senarai barang yang dibeli oleh Luth Harris Aufa secara tidak sengaja

Mujur, pasangan suami isteri itu sempat membatalkan pesanan tambahan yang dibuat oleh anaknya sebanyak RM200. Mereka tidak menyalahkan anak mereka atas kelakuan nakal itu dan telah mengambil pengajaran untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang interaksi yang dilakukan oleh anak mereka dalam menggunakan gajet.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sinar Harian

Exit mobile version