Site icon TechNave BM

Budak 8 tahun kini pemain e-sukan profesional termuda di dunia, raih wang sehingga RM133 ribu!

Pasukan e-sukan dari Amerika Syarikat, Team 33, telah merekrut seorang pemain profesional berumur lapan tahun ke dalam barisan pemainnya, menjadikan ahli terbaru ini pemain e-sukan profesional yang termuda dalam sejarah. Joseph Deen atau lebih dikenali dengan nama timangannya 33 Gosu, telah menerima bayaran sebanyak US$33,000 (~RM133,980) sebagai yuran kemasukan ke dalam pasukan Team 33.

Beliau akan mewakili Team 33 dalam game tembak-menembak popular Fortnite, iaitu sebuah game yang beliau telah bermain dengan serius sejak berumur enam tahun. Disebabkan oleh usianya yang masih muda, beliau mengatakan kebanyakan pasukan lain tidak memandang serius terhadap kebolehannya untuk bermain Fortnite secara kompetitif.

Walau bagaimanapun, Team 33 mengiktiraf bakat Joseph dan telah menyenaraikan beliau dalam pasukan yang akan bertanding dalam Fortnite. Selain yuran kemasukan, beliau juga menerima kelengkapan gaming bernilai lebih US$5,000 (~RM20,300) Sebelum merekrut Joseph ke dalam pasukan rasmi, Team 33 telah pun melatih beliau selama dua tahun bersama pemain yang lebih berpengalaman.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PR Newswire

Exit mobile version