Site icon TechNave BM

Buddy Adventure dengan versi live dalam Pokemon Go, kini anda boleh membelai Pokemon anda

Adakah anda masih menunggu ciri yang membenarkan anda membelai dan memberi makan Pokemon dalam aplikasi Pokemon Go? Penantian anda kini tamat. Ciri baru Buddy Adventure kini hadir dengan versi live yang menghidupkan Pokemon anda. Anda kini boleh membawa Pokemon anda bersiar-siar, makan bersama dan banyak lagi perkara menarik!

Ciri ini hadir dengan banyak perkara hebat untuk anda cuba dalam game AR. Fitur ini melebihkan fokus kepada interaksi di antara anda dan Pokemon milik anda yang berfungsi seperti haiwan peliharaan anda. Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah Tamagotchi versi Pokemon.

Pokemon kini boleh menunjukkan emosi untuk memberitahu anda sama ada ia sedih atau gembira. Untuk menggembirakan mereka, anda perlu melakukan aktiviti seperti bersiar-siar, menyertai perlawanan, mengambil gambar, memberi makan dan banyak lagi untuk menambah mata ‘Affection‘. Selain itu, teman Pokemon anda juga boleh muncul sebagai kameo di dalam perlawanan Wild, Quests, Raids dan Rocket. Jika anda tertanya-tanya adakah anda boleh menukar Pokemon lain sebagai teman anda, jawapannya adalah ya, tetapi penukaran hanya dibenarkan sekali untuk sehari.

Jika semua ini tidak cukup untuk mengeratkan silaturrahim anda bersama Pokemon, ciri kamera AR baru membenarkan anda mengambil gambar bersama teman Pokemon anda. Tidak lupa juga kepada kawan Pokemon yang lain. Sudah tentu anda dan rakan-rakan anda perlu berada di tempat yang sama untuk melihat Pokemon masing-masing. Anda juga boleh meminta Pokemon untuk mencuba pelbagai gaya dan senyum semasa mengambil gambar.

Ciri ini tersedia jika anda berada di tahap 30 dan ke atas. Jika tidak, anda mungkin perlu mengejar tahap anda. Terdapat juga bentuk Pokemon lain yang bakal hadir pada tahun hadapan. Anda perlu bersedia untuk menangkap mereka!

Beritahu kami di laman Facebook, apa pendapat anda tentang ciri Pokemon Go baru ini? Nantikan kemas kini berita selanjutnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version