Site icon TechNave BM

Bukan pelanggan Astro juga boleh menonton Astro percuma sehingga 31 Mac ini

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai Astro telah mengambil langkah prihatin dengan menawarkan akses menonton semua saluran secara percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac. Astro mungkin mendengar rintihan bukan pelanggan Astro. Terkini, Astro mengumumkan bahawa Astro GO boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.

Anda hanya perlu log masuk ke Astro GO dan menyaksikan saluran-saluran Astro yang terpilih secara komplimentari termasuklah program On Demand di peranti anda sehingga 31 Mac 2020. Baca di bawah untuk langkah-langkah mendapatkan akses bagi bukan pelanggan Astro.

*Pelanggan Astro boleh memilih ‘An Astro Customer’, log masuk dan hubungkan akaun Astro anda dan terus strim pakej langganan anda.

Kami tahu anda pasti gembira dengan berita ini! Untuk menggunakan Astro Go pada komputer anda, klik pada pautan ini dan ikuti langkah sama seperti di atas. Anda bakal menikmati tontonan 22 saluran percuma seperti di bawah!

Sudahkah anda mencubanya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version