Site icon TechNave BM

Bukan pengguna Twitter Blue bakal dihadkan penghantaran DM

Twitter baru-baru ini mengumumkan bahawa pengguna Twitter percuma akan mempunyai lebih banyak batasan yang dikenakan kepada mereka dengan bilangan DM (Direct Message) harian yang dihadkan atau mesej langsung yang boleh mereka hantar. 

Menurut tweet rasmi dari Twitter Support, langkah itu adalah untuk membantu mengurangkan spam tetapi nampaknya ia merupakan langkah untuk menarik lebih ramai pengguna melanggan Twitter Blue.

Twitter Blue hadir dengan langganan berharga RM35 sebulan untuk mendapatkan tanda biru dan disahkan. Beberapa sumber menyebut bahawa langkah ini mungkin menyebabkan lebih ramai pengguna Twitter meninggalkan atau berhenti menggunakan platform tersebut. 

Walau bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan sama ada ia akan benar-benar berlaku atau Twitter akan mengekekalkan pendirian mereka dalam hal ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version