Site icon TechNave BM

Bukan sekadar burger, peranti 5G oleh McDonald’s bakal hadir 15 April ini

Terkini, akaun WeChat rasmi McDonald’s telah memuat naik sebuah perkongsian menarik! Perkongsian tersebut memaparkan poster mengenai peranti 5G McDonald’s yang bakal hadir pada 15 April ini.

Pengumuman tersebut menyatakan bahawa sebuah konferens secara dalam talian akan diadakan untuk pelancaran produk baharu itu. Berdasarkan poster ini, ianya bakal hadir dengan kamera sudut-lebar, sokongan 5G, kualiti bunyi yang baik dan penjejakan wajah. Produk ini dilihat seperti produk pintar 5G, bukannya telefon pintar 5G (walaupun kami fikir ia adalah telefon pintar 5G McDonald’s pada mulanya).

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version