Site icon TechNave BM

Bukan sekadar cipset telefon, Qualcomm umum Snapdragon Wear 4100 untuk jam tangan pintar

Mungkin jika di negara Malaysia, Qualcomm hanya popular dengan cipset telefon pintarnya iaitu Snapdragon. Tahukah anda, Qualcomm turut menghasilkan cip untuk jam tangan pintar? Qualcomm kini mengumumkan cipset terbaru untuk jam tangan pintar, Snapdragon 4100 dan 4100+.

Spesifikasi Snapdragon 4100 dan 4100+ kelihatan lebih kurang sama dengan sokongan WiFi a/b/g/n, Bluetooth 5.0, penjimatan kuasa sebanyak 25% dan sokongan penjejakan waktu tidur, kiraan jejak langkah, penggera, haptik dan lain-lain.

Perbezaannya hanyalah pada pemproses bantuan AON (Always-On) yang hadir pada Snapdragon 4100+. Menambah spesifikasi pada 4100+, ia turut menambah prestasi jangka hayat bateri dan paparan warna 64K. Anda boleh melihat spesifikasi penuh cipset di pautan ini.

Apa pun, cipset ini biasanya menguni jam tangan pintar yang tidak hadir di pasaran Malaysia. Terdahulu, kami pernah memaklumkan mengenai Snapdragon 865 Plus yang bakal diumumkan dan khabar angin mengenai Snapdragon 875.

Beritahu kami komen anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version