Site icon TechNave BM

Bukti iPhone 13 bakal hadir dengan takuk lebih kecil, ini gambar panel hadapannya

Sejak tahun yang lalu setelah siri iPhone 12 hadir di pasaran, berita dan ura-ura mengenai siri iPhone 13 sudah mula timbul. Antara ura-ura yang sudah tidak boleh disangkal lagi adalah takuk pada skrin yang lebih kecil. Terkini, sumber telah mendedahkan panel hadapan skrin siri iPhone 13.

Menurut sumber, pembekal perkhidmatan iRepair Greek telah mendedahkan gambar dipercayai sebagai panel hadapan untuk model siri iPhone 13. Melihat kepada panel tersebut, ukurannya kelihatan sama seperti model siri iPhone 12 yang lepas iaitu 5.4 inci, 6.1 inci dan 6.7 inci. Lebih menarik, takuknya kelihatan lebih kecil berbanding siri iPhone 12.

Terdahulu, siri iPhone 13 sememangnya diramalkan memiliki takuk yang lebih kecil dengan naik taraf kadar segar semula hingga 120Hz. Ia juga dikatakan bakal memiliki jangka hayat bateri dan kamera ultra lebar yang lebih baik.

Apakah pendapat anda mengenai ura-ura siri iPhone 13? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version