Site icon TechNave BM

Bukti terkini kewujudan Samsung Galaxy Note 20 Ultra, mungkin dengan zum 100x

Jika anda sedar, Samsung telah mengeluarkan varian baharu pada siri flagship mereka pada tahun ini iaitu varian Ultra (Samsung Galaxy S20 Ultra). Melalui hal ini, terdapat jangkaan bahawa Samsung Galaxy Note 20 juga akan mendapat varian baru Ultra. Jangkaan ini mungkin benar memandangkan terdapat bukti mengenainya.

Menurut sumber, peranti Samsung dengan ID produk SM-N986U telah muncul dalam penyenaraian pengesahan Bluetooth. Peranti ini didakwa sebagai Samsung Galaxy Note 20 Ultra, namun hanya Samsung sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Peranti Samsung yang muncul dalam pengesahan Bluetooth tersebut juga dikatakan sama dengan peranti Samsung yang hadir di GeekBench dahulu. Jika benar, Galaxy Note 20 Ultra bakal dilengkapi cipset Snapdragon 865 dan sekurang-kurangya RAM 8GB. Memandangkan Galaxy note 20+ dikatakan tidak hadir dengan keupayaan zum 100x, mungkin fungsi ini dikhaskan untuk Samsung Galaxy Note 20 Ultra.

Sumber terdahulu yang memaparkan keputusan GeekBench dengan nombor ID produk sama

Terdahulu, kami pernah memaklumkan mengenai gambar bayangan Galaxy Note 20. Apa pun, Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkenaan varian Galaxy Note 20 Ultra. Memandangkan perkara ini hanya lah jangkaan, beritahu kami di laman Facebook jika jangkaan ini dirasakan benar atau tidak. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version