Site icon TechNave BM

Bullitt dan MediaTek bakal lancarkan telefon pintar pemesejan satelit pertama pada suku pertama 2023

Berkomunikasi melalui satelit merupakan perkara popular terkini dalam industri telefon pintar. Bukan sahaja Apple melancarkan sistem SOS dan perkongsian lokasi dengan siri iPhone 14, Bullitt dan MediaTek akan bekerjasama untuk melancarkan “telefon pintar pemesejan satelit pertama” dalam suku pertama 2023.

Bullitt berkongsi bahawa sistem itu membolehkan pemesejan lancar antara pengguna yang disambungkan ke satelit dan pengguna lain yang disambungkan ke rangkaian sel biasa. Ini adalah berlainan dengan sistem Apple hanya membenarkan pengguna berkomunikasi dengan perkhidmatan kecemasan dua hala seperti perkongsian lokasi. 

Sebelum ini, Bullitt telah membina telefon lasak terutamanya telefon Cat dan Motorola Defy. Tambahan pula, projek itu mungkin sudah diusahakan selama 18 bulan bersama MediaTek. Awal tahun ini, MediaTek membentangkan modem NTN (Non-Terrestrial Networks) dengan mengujinya dalam makmal. 

Ujian itu mensimulasikan sambungan kepada satelit dalam Orbit Bumi Rendah (LEO) yang bermaksud ketinggian ketinggian 600km dan mengorbit pada kelajuan 27,000km/j. Dengan teknologi itu, telefon Bullitt akan menerima sambungan dan menghantar mesej melalui satelit dalam masa sekitar 10 saat. Ia juga akan bertukar secara automatik kepada sambungan satelit apabila penerimaan sel dan Wi-Fi telah terputus.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version