Site icon TechNave BM

Bungkusan plastik pada kotak siri iPhone 13 dihapuskan

Baru-baru ini dalam acara rasmi tahunannya, Apple telah melancarkan sebuah siri telefon pintar iaitu Apple iPhone 13. Siri ini mempunyai empat model telefon yang terdiri daripada iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Tahun lalu, Apple telah melakukan langkah drastik dengan mengecilkan kotak iPhone dan hanya menyertakan kabel pengecas serta EarPods sahaja di dalam kotak. Tahun ini, Apple membuat sekali lagi perubahan dengan membuang ciri pembungkusan plastik yang membalut kotak pada keluaran siri iPhone 13 ini.

Salah satu sumber telah mendedahkan hal ini melalui sebuah gambar kirimannya. Balutan plastik sebelum ini telah dibuang dan digantikan dengan pelekat yang boleh dikoyakkan yang ditampal pada bahagian penutup kotak.

Pelekat ini digunakan sebagai penanda bahawa telefon yang dibeli adalah baharu dan masih belum dibuka. Semasa acara rasmi Apple, syarikat itu menjelaskan bahawa dengan langkah membuang plastik yang membalut kotak iPhone, ia akan menjimatkan 600 tan metrik plastik.

Apple merancang untuk menghapuskan penggunaan plastik pada semua pembalut kotak keluaran Apple pada tahun 2025. Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version