Site icon TechNave BM

Butiran baru tablet realme Pad tertiris, hadir dengan dua kamera 8MP

realme bercadang untuk melancarkan tablet pertama mereka, realme Pad dalam masa yang terdekat. Beberapa butiran mengenainya telah pun muncul di dalam talian beberapa hari lalu. Kini, butiran mengenai kameranya pula telah tertiris.

Mengikut sumber, realme Pad bakal hadir dengan kamera hadapan dan belakang yang sama. Kedua-dua belah akan menggunakan sensor 8MP f/2.8. Ia adalah sensor bersaiz 1/3.6 inci dengan jarak fokus 28.1mm. Ia juga akan menyokong penstabilan imej elektronik (EIS) dan jangka ISO dari 100 sehingga 16000.

Satu-satunya perbezaan antara kamera hadapan dan belakangnya adalah ketiadaan autofokus pada kamera hadapan. Ini bukanlah kelemahan yang ketara kerana kebanyakan pengguna menggunakan tablet untuk mesyuarat video pada kedudukan statik.

Selain kamera, realme Pad juga dijangka akan hadir dengan skrin 10.4 inci IPS LCD, RAM 6GB, storan 64GB dan bateri 7,100mAh. Ia juga mungkin akan dijual sekitar harga USD309 (~RM1,306).

Imej janaan realme Pad

Sehingga kini, butiran mengenai cipsetnya masih lagi belum diketahui. Namun, berdasarkan bilangan RAM, ia mungkin akan menggunakan cipset kelas pertengahan.

Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version