Site icon TechNave BM

Butiran ciri Nokia 2760 Flip 4G tertiris, miliki reka bentuk boleh lipat dan bateri tahan 14 hari

Telefon Nokia yang akan datang dengan reka bentuk berkonsepkan kulit kerang baru sahaja dibocorkan melalui penyenaraian Tracfone. Akses kepada penyenaraian telah dihadkan, tetapi tindakan tersebut sudah terlambat dan maklumat tentang telefon ini telahpun tertiris.

Telefon ini memaparkan skrin LCD dengan resolusi 240 x 320px dan bateri 1,450 mAh yang mampu bertahan hampir 14 hari atau sehingga 6.8 jam masa bercakap. Memandangkan ia beroperasi menggunakan KaiOS, ia menyokong banyak ciri intrinsik telefon pintar dan berfungsi melalui sambungan 4G LTE dan Wi-Fi.

Storan dalamannya 32GB dan boleh dikembangkan melalui kad mikroSD. Telefon bimbit itu masih belum rasmi tetapi penyenaraian menunjukkan ia mungkin mendapat perubahan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nokiapoweruser

Exit mobile version