Site icon TechNave BM

Butiran Huawei MatePad 10.4 dibocorkan, mungkin dilengkapi cipset Kirin 810 & bateri 7,250mAh

Menurut sebuah maklumat yang dibocorkan oleh seorang pengguna di Weibo, Huawei akan melancarkan Huawei MatePad 10.4 tidak lama lagi pada harga RMB1799 (~RM1,101). Walaupun tiada tarikh ditetapkan, tablet tersebut dijangkakan akan dilancarkan sekitar 2020.

Daripada segi spesifikasi, Huawei MatePad 10.4 dijangkakan akan dilengkapi cipset HiSilicon Kirin 810, RAM sehingga 6GB, storan dalaman sehingga 128GB, paparan 10.4 inci, sistem antara muka EMUI 10.1 Lite dan bateri 7,250mAh. Setakat ini, tiada butiran mengenai kameranya.

Ini bukanlah berita yang rasmi daripada Huawei. Walau bagaimanapun, syarikat itu baru sahaja mengumumkan tablet MatePad Pro baru-baru ini, di mana anda boleh membelinya pada harga RM2,399.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana Huawei MatePad dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version