Site icon TechNave BM

Butiran kamera OPPO Find X2 Pro didedahkan

OPPO akan melancarkan telefon flagship terbarunya, Find X2 Pro, tidak lama lagi namun butiran tentang telefon itu sudah pun tersebar dalam internet. Baru-baru ini, sebuah pengiktirafan Bluetooth mendedahkan lebih banyak maklumat tentang peranti tersebut.

Siri telefon pintar itu akan dikeluarkan dalam dua varian yang bernama CPH2023 dan CPH2025 di mana perbezaannya adalah daripada segi kamera, terutamanya kanta ultra lebar. CPH2023 dilengkapi tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP + kanta ultra-lebar 12MP + kanta telefoto 13MP, manakala CPH2025 pula dilengkapi 48MP + 48MP + 13MP. Kamera hadapannya pula adalah 32MP untuk kedua-dua varian.

OPPO Find X2 Pro akan mempunyai skrin WQHD+ 6.7 inci dan dioperasi dengan Color OS 7.1. Laporan sebelum ini mengatakan bahawa telefon itu mampu untuk zum secara digital sejauh 60x, dilengkapi Snapdragon 865, skrin 120Hz dan pengecasan pantas SuperVOOC 65W serta pengecasan wayarles 30W.

Ia dijangka akan dilancarkan pada 6 Mac ini bersama Find X2. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan OPPO Find X2 atau Find X2 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version