Site icon TechNave BM

Butiran kamera realme X50 Youth, varian X50 yang lebih rendah, muncul di internet

Selepas pelancaran realme X50 Pro pada Februari lalu, kini berita tentang varian baru realme X50 Youth pula telah muncul dalam internet. Menurut sumber maklumat daripada Weibo, telefon pintar itu akan dilengkapi empat kamera di belakang dan dua di hadapan, bilangan yang sama seperti X50 dan X50 Pro.

Namun spesifikasi kamera X50 Youth tidaklah sama dengan varian X50 lain. X50 Youth akan dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP dan dua kamera 2MP, manakala di bahagian hadapan pula mempunya kamera 16MP dan 2MP. Ini adalah lebih rendah sedikit berbanding X50 dan X50 Pro yang mempunyai kamera utama 64MP.

Selain kamera, tidak banyak yang diketahui tentang spesifikasi X50 Youth. Walau bagaimanapun ia baru sahaja mendapat pengiktirafan 3C (Chinese Compulsory Certification) baru-baru ini dan daripada itu kita tahu bahawa telefon itu menyokong pengecasan wayarles 30W. Selain itu, ia juga menyokong rangkaian 5G.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme X50 Youth dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version