Site icon TechNave BM

Butiran kamera siri HONOR 50 tertiris dalam talian, dilengkapi kamera 108MP!

Dalam beberapa hari lagi, HONOR akan melancarkan telefon kelas andalan mereka iaitu siri HONOR 50. Sehingga kini, terdapat pelbagai khabar angin yang muncul di dalam talian mengenai spesifikasinya.

Terbaru, sumber dalam talian memberitahu spesifikasi kamera siri HONOR 50. Untuk HONOR Pro, ia dikhabarkan akan hadir dengan kamera 108MP dengan lensa f/1.8. Bulatan yang kedua pula mungkin menempatkan kamera ultra lebar dan lensa periskop.

Manakala untuk model HONOR 50 pula, ia akan menggunakan kamera utama 50MP dengan lensa f/1.8. Dua kamera di bulatan keduanya mungkin menempatkan kamera ultra lebar dan kamera telefoto.

Perlu diingatkan butiran mengenai telefon siri HONOR 50 ini sekadar khabar angin sahaja. Ia bukanlah dari sumber yang rasmi.

Nantikan pelancaran siri HONOR 50 pada 16 Jun ini untuk butiran yang lebih lengkap.

Lihat pautan ini untuk berita lepas mengenai siri HONOR 50.

Adakah anda menantikan siri HONOR 50 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version