Site icon TechNave BM

Butiran OnePlus 9 dan OnePlus Nord 2 didedahkan melalui imej janaan komputer

Khabar angin untuk telefon-telefon seterusnya daripada OnePlus sudah pun mula tertiris, iaitu untuk OnePlus 9 dan OnePlus Nord 2. Imej janaan komputer (CAD) untuk telefon flagship seterusnya oleh syarikat tersebut, OnePlus 9, telah pun didedahkan kepada pihak awam.

Imej tersebut menunjukkan bonggol kamera dengan tiga kanta di belakang, terdiri daripada dua kanta yang besar dan sebuah kanta kecil. Di hadapan pula, terdapat sebuah lubang punch hole untuk kamera swafoto di bahagian atas kiri skrin. Khabar mengatakan skrin OnePlus 9 mungkin berukuran 6.55 inci dengan kadar segar semula 144Hz.

Sementera itu, telefon kelas pertengahan OnePlus Nord yang seterusnya juga mempunyai maklumat baru. Menurut sumber, kod nama untuk Nord 2 adalah Denniz. Perlu diingati bahawa ini adalah berbeza dengan Nord SE yang mempunyai kod nama Ebba. Memandangkan Nord asal baru sahaja dilancar pada bulan Ogos lalu, mungkin lama lagi sebelum kita menerima sebarang berita rasmi tentang Nord seterusnya.

Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa ini bukanlah maklumat rasmi daripada OnePlus. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles, Android Headlines

Exit mobile version