Site icon TechNave BM

Butiran Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 didedah, mungkin dilancar pada 2022

Samsung telah mula membangunkan telefon lipat yang dijangka merupakan Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4. Kami dapati maklumat pertama mengenai telefon lipat ini didedahkan dari Korea. Menurut laporan, Galaxy Z Fold4 dijangka akan mempunyai teknologi kamera paparan yang lebih baik dan terdapat dua kamera swafoto iaitu di dalam skrin dan juga luar.

Berkemungkinan juga, kamera belakang akan dipertingkatkan setanding dengan telefon pintar kontemporari seperti yang diharapkan oleh pemberi maklumat. Galaxy Z Fold4 akan mendapat peningkatan engsel serta rintangan air dan habuk.

Terdapat prototaip Galaxy Z Flip4 mengenai pembangunan kamera swafoto bawah paparan dan penebuk lubang (punch-hole) yang masih belum diputuskan oleh pihak Samsung. Samsung sedang mempertimbangkan untuk penambahbaikan engsel dengan cara yang sama seperti Galaxy Z Fold4. Telefon lipat ini juga akan mendapat rintangan air dan habuk yang lebih baik, kapasiti bateri yang sama dan saiz paparan luaran seperti Galaxy Z Flip3.

Galaxy Z Flip4 mungkin dilancarkan bersama Galaxy Z Fold4 pada penggal kedua tahun 2022. Namun, pendedahan ini masih belum disahkan sepenuhnya oleh pihak Samsung. Kami pasti akan terdapat perubahan mengenai kedua-dua peranti ini menjelang pelancarannya pada tahun hadapan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version