Site icon TechNave BM

Butiran siri Huawei P40 dibocorkan sebelum pelancaran pada 26 Mac

Huawei akan melancarkan siri telefon pintar flagship baru, Huawei P40, pada 26 Mac ini. Walaupun begitu, beberapa maklumat tentang telefon pintar itu sudah pun dibocorkan di internet, berikutan penyenaraian P40 Pro 5G di Geekbench dan butiran daripada pemberi maklumat telefon pintar, Ishan Agarwal.

Huawei P40 Pro 5G disenaraikan di Geekbench dengan nombor ‘Huawei ELS-NX9‘. Menurut maklumat daripada Ishan, Huawei P40 Pro 5G akan dilengkapi skrin lengkung 6.5 inci, cipset Kirin 990 5G, sistem antara muka EMUI 10 yang berdasarkan Android 10, bateri 4,200mAh dan pengecasan pantas 40W.

Daripada segi kamera pula, ia terdapat empat kamera yang terbahagi kepada sensor 50MP + 40MP + 12MP + pengesan time-of-flight (ToF) 3D. Ia merupakan kamera yang mempunyai jenama Leica Ultra Vision yang juga turut melengkapi 50x SuperSensing Zoom.

Manakala untuk Huawei P40 pula, ia dilengkapi skrin 6.1 inci, bateri 3,800mAh dan tiga kamera 50MP + 16MP + 8MP dengan sensor Leica Ultra Vision untuk zum digital 30x dan Huawei XD Fusion Engine for Pictures.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelancaran siri Huawei P40 pada 26 Mac nanti dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version