Site icon TechNave BM

BYD, CATL bangunkan bateri EV yang boleh mengecas penuh dalam masa 10 minit

Perjalanan menggunakan kenderaan elektrik (EV) mungkin mempunyai isu untuk masa pengecasan yang kelihatan agak lama berbanding mengisi minyak. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, BYD dan CATL sedang membangunkan bateri lithium iron phosphate (LFP) dan pengecas ultra pantas yang boleh dicas semula sepenuhnya dalam masa 10 minit sahaja.

BYD dan CATL dilaporkan bersedia untuk memperkenalkan bateri LFP dan pengecas ultra-pantas menjelang akhir tahun ini. Masa pengecasan pantas ini terletak pada kadar pengecasan 6C yang terdapat pada bateri BYD Blade 2.0 dan CATL Qilin 2.0. “6” menandakan bahawa ia memiliki enam kali ganda pengecasan kapasiti bateri.

Zeekr 001 2024 dengan bateri bertaraf 5C adalah contoh utama mencapai masa pengecasan selama 11.5 minit untuk julat ini. Butiran khusus tentang bateri 6C yang akan datang daripada BYD dan CATL masih tidak didedahkan.

Walau bagaimanapun, laporan mendedahkan bahawa pengecas pantas DC sedia ada yang direka untuk bateri berkadar 4C (empat kali ganda kelajuan pengecasan berbanding kapasiti) yang boleh menghantar sehingga 480 kW kuasa dan arus maksimum 615 amp.

China telah melihat penggunaan pengecas pantas 600 kW pertama daripada HUAWEI awal tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CarNewsChina

Exit mobile version