Site icon TechNave BM

ByteDance mungkin lancarkan TikTok Music, jadi pesaing Spotify

TikTok yang dikenali sebagai plaform untuk video pendek dan membantu kebanyakan pengguna menemui lagu baharu mungkin akan menambah ciri baharu. ByteDance, syarikat induk TikTok telah memfailkan permohonan tanda dagangan untuk “TikTok Music” dengan Pejabat Paten Amerika Syarikat (AS) dan Tanda Dagangan AS pada bulan Mei. Nampaknya, ia akan membawa ciri yang lebih kurang sama seperti Spotify.

Selain AS, ByteDance memfailkan tanda dagangan yang sama di Australia pada November tahun lepas yang memberikan idea bahawa syarikat itu akan melancarkan perkhidmatan penstriman muzik kendiri untuk pasaran. Perlu dinyatakan bahawa syarikat itu mempunyai aplikasi penstriman yang dipanggil Resso di India, Brazil dan Indonesia. 

Sumber juga mengatakan terdapat kemungkinan untuk penggunaan lain seperti membenarkan pengguna menggunakan “audio dan video langsung”, keupayaan untuk “menyunting dan memuat naik foto sebagai muka depan senarai main” dan “mengulas pada muzik, lagu dan album.”

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Business Insider

Exit mobile version