Site icon TechNave BM

Caj tambahan 50 sen dikenakan untuk beberapa cara pembayaran bil Astro, bermula 2021

Menurut Astro, pembayaran bil melalui beberapa kaedah tertentu akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 bermula pada 1 Januari 2021. Namun, pelanggan Astro yang membayar melalui auto-debit, WhatsApp, Astro Quick Pay dan saluran pembayaran yang dibenarkan tidak dikenakan caj tambahan.

Astro memaklumkan perkara ini melalui notifikasi di laman sokongan Astro. Urusan pembayaran bil di kedai runcit, kiosk atau e-Wallet akan dikenakan caj tambahan RM0.50 bermula 1 Januari 2021. Secara dasarnya, pembayaran melalui RMS (atau dikenali sebagai Razer/MOL), ATX dan Mobility One mengenakan caj ini memandangkan urusan pembayaran adalah melalui pihak ketiga.

Sebagai tambahan untuk maklumat lanjut, agensi e-Pay bakal mengenakan caj tambahan RM0.50 untuk pembayaran bil di kedai runcit, stesyen minyak dan e-Wallet tertentu.

Anda boleh ke laman rasmi Astro untuk maklumat lanjut.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro

Exit mobile version