Site icon TechNave BM

Call of Duty: Warzone boleh dimainkan secara percuma mulai 11 Mac ini

Terdahulu, kami telah melaporkan mengenai penyingkiran mod zombi pada kemas kini yang akan datang (25 Mac ini). Di sisi yang lain, Activision kini mendedahkan Call of Duty: Warfare yang boleh dimainkan secara percuma bermula 11 Mac 2020!

‘Battle Royale’ percuma ini merupakan perlawanan kendiri (standalone), tidak berkait dengan Modern Warfare. Seramai 150 pemain akan bertarung! Bukan itu sahaja, anda turut boleh merampas wang dengan menumpaskan pemain lain. Anda boleh saksikan trailer Call of Duty: Warzone di bawah.

Mod baru ini akan dimainkan di Verdansk (lokasi peta baharu, tetapi bersambung dengan peta lokasi lama). Anda juga bakal melihat beberapa kenderaan baru! Mungkin lebih banyak dapat kita ketahui mengenai tips dan helah game apabila ianya dapat dimainkan. Apa pun, setakat ini kami tidak pasti sama ada rakyat Malaysia bakal mendapat akses untuk bermain Call of Duty: Warzone pada hari ini atau tidak.

Kami akan mengemaskini maklumat melalaui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Beritahu kami jika anda dapat menyertai perlawanan ini di laman Facebook!

Exit mobile version