Site icon TechNave BM

Call of Duty: Warzone kini mencatat lebih 15 juta pemain dalam masa hanya empat hari

Permainan video terbaru dalam siri Call of Duty, Call of Duty: Warzone, kini mempunyai bilangan pemain sebanyak 15 juta dalam masa hanya empat hari selepas pelancaran. Ini adalah rekod yang amat menggalakkan buat sebuah game yang baru tetapi masih tidak pasti jika jumlah pemain itu akan berkekalan selepas ini.

Call of Duty: Warzone adalah sebuah game battle royale mirip PUBG atau Fortnite. Ia dilancarkan pada 11 Mac lalu dan yang lebih menariknya adalah ia boleh dimainkan secara percuma. Mungkin disebabkan dengan wabak COVID-19 yang menggalakkan orang untuk tidak keluar dari rumah, membuatkan lebih ramai pemain ingin mencuba Warzone untuk mengisi masa.

Setakat ini, masih belum pasti jika Warzone mampu menyaingi game battle royale yang lebih popular seperti Fortnite. Jika anda berminat untuk menyertai 15 juta pemain Warzone, anda boleh lawati laman web rasminya.

Sudahkah anda mencuba game Call of Duty yang percuma ini? Kongsi pendapat anda tentang game tersebut di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Call of Duty Twitter

Exit mobile version