Site icon TechNave BM

Call of Duty: Warzone Mobile akan dilancar pada 21 Mac 2024

Call of Duty (COD) Mobile merupakan salah satu game mudah alih yang sangat popular untuk para pengguna telefon pintar iOS dan Android, di mana ia telah pun dimuat turun sebanyak berjuta-juta kali dalam kedua-dua platform.

Jika anda merupakan seorang peminat COD Mobile, anda pasti akan teruja dengan kehadiran game seterusnya dalam siri tersebut iaitu Call of Duty: Warzone Mobile yang akan dilancar di seluruh dunia serentak pada 21 Mac 2024.

Untuk mereka yang tidak tahu, COD: Warzone Mobile adalah sebuah game tembak-menembak berdasarkan genre battle royale, di mana 100 pemain akan diletakkan dalam sebuah peta. Para pemain akan diberi masa sekitar 15 minit untuk membunuh pemain lain dan pada masa yang sama saiz peta tersebut akan menjadi semakin kecil. Pemain terakhir yang masih hidup apabila masa sudah tamat akan menjadi pemenang.

Ia menyerupai battle royale lain seperti PUBG: Mobile, Fortnite dan Apex Legends, namun dengan keunikan yang tersendiri untuk sebuah game COD.

Sebelum ini, COD: Warzone telah dilancar untuk konsol PlayStation dan Xbox serta komputer PC secara percuma. Kini, para gamers mudah alih juga boleh menikmati pengalaman yang sama dalam COD: Warzone Mobile. Jika anda merupakan pemain COD dalam konsol atau komputer, anda boleh pautkan akaun Activision ID anda untuk dapatkan item-item menarik.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkan COD: Warzone Mobile dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Call of Duty

Exit mobile version