Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan teraras (Coordinated Control IS) sehingga 7.5 stop. Kamera ini dilengkapi sensor CMOS full-frame 24.2 MP dengan kepekaan ISO sehingga 102,400.
Ia menyokong oleh sistem Penstabilan Imej Dalam Badan (IBIS) 5-paksi yang memberikan penstabilan imej sehingga 7.5 stop apabila dipadankan dengan lensa RF bersesuaian. Bagi tangkapan gambar berturut-turut, ia mampu mencapai kelajuan sehingga 40 fps menggunakan pengatup elektronik selain menyokong mod Pre-Continuous Shooting yang merakam 20 bingkai sebelum butang pengatup ditekan sepenuhnya.
Untuk fungsi rakaman video, Canon EOS R8 Mark II menawarkan rakaman 4K 60p yang disampel semula daripada 6K, Canon Log 3, sokongan fail LUT yang boleh diubah suai serta video gerak perlahan Full HD bersama rakaman audio. Ia turut menyokong nisbah skrin lebar Cinema View 2.35:1.
Kamera disertakan dengan pelbagai alat fokus dan kreatif seperti Register People Priority AF, penjejakan subjek Dual Pixel CMOS AF II, mod Handheld Night Scene baharu bersama lima pilihan warna, penapis warna NegativeFilmtone dan PositiveFilmtone serta penstriman langsung palam dan main UVC/UAC menerusi sambungan USB-C.
Di Malaysia, Canon EOS R8 Mark II dijual pada harga RM6,999 untuk badan sahaja. Canon Malaysia turut menawarkan tiga pilihan pakej kit lensa iaitu kit RF24-50mm f/4.5-6.3 IS STM pada harga RM7,999, kit RF45mm f/1.2 STM pada harga RM8,878 dan kit RF24-105mm f/4-7.1 IS STM pada harga RM8,898. Tempahan dibuka dari 24 September hingga 24 Oktober 2026.
Setiap tempahan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM1,099 yang merangkumi kad SD 64GB V30 dan pek bateri LP-E17. Pembeli juga boleh menuntut jaminan lanjutan selama 4 tahun dengan mendaftar di platform YLWC dalam tempoh 14 hari selepas pembelian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

