Site icon TechNave BM

Canon lancarkan PowerShot Zoom: Kamera kenit dengan zum sehingga 23x berharga ~RM1,244

Canon telah melancarkan kamera PowerShot Zoom, sebuah kamera kecil yang dilengkapi fungsi zum yang amat jauh. Kamera berbentuk monokular ini dilengkapi lensa dengan jarak fokal 35mm dan boleh zum secara optikal sehingga 100mm dan 400m.

Pengguna boleh memanjangkan lagi zum tersebut secara digital, sehingga bersamaan dengan jarak fokal 800mm. Canon mengatakan produk ini sesuai digunakan oleh digunakan untuk memerhati burung dan juga menonton perlawanan sukan di stadium.

Kamera unik ini mempunyai viewfinder elektronik, sensor 12MP berukuran 1/3 inci dan apertur f/5.6-6.3. Mutu video bukanlah keutamaan pada kamera ini, sebaliknya ia lebih kepada rakaman video dengan kebolehan zum sahaja.

Ia akan mula dijual di Amerika Syarikat pada harga USD299.99 (~RM1,244). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version