Site icon TechNave BM

CapCut bakal sokong Google Gemini, sunting video terus dalam platform AI

Google dilihat terus memperluaskan ekosistem AI miliknya apabila CapCut dilaporkan bakal diintegrasikan ke dalam Google Gemini bagi membolehkan proses suntingan video dilakukan secara terus melalui platform tersebut. Menurut laporan, integrasi ini akan membolehkan pengguna menggunakan fungsi penyuntingan CapCut terus dari Gemini tanpa perlu keluar ke aplikasi lain.

Pendekatan tersebut dijangka mempercepatkan aliran kerja pencipta kandungan khususnya untuk suntingan video pendek dan kandungan media sosial. Ciri berkenaan ditemui menerusi kemas kini berkaitan sambungan aplikasi pihak ketiga dalam Gemini. Ia menunjukkan Google kini semakin agresif mengembangkan kemampuan AI generatif Gemini kepada tugasan kreatif termasuk penghasilan visual dan video.

Selain CapCut, Gemini sebelum ini turut menerima integrasi dengan beberapa platform kreatif lain termasuk Adobe dan Canva. Integrasi seperti ini membolehkan pengguna menghasilkan arahan menggunakan AI sebelum terus melakukan proses suntingan dalam satu ekosistem yang sama. Ia juga dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada pertukaran antara aplikasi ketika menghasilkan kandungan.

Setakat ini, Google masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran integrasi CapCut untuk Gemini. Namun, kewujudan sokongan tersebut menunjukkan Google sedang memperkukuhkan Gemini sebagai hab AI utama untuk produktiviti dan penciptaan kandungan digital. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: X CapCut

Exit mobile version