Site icon TechNave BM

Caprice bakal hasilkan aplikasi baru bernama JustSolat.com

Penyanyi tempatan terkenal Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice kini sedang mengusahakan sebuah aplikasi bertemakan Islam iaitu JustSolat.com. Aplikasi tersebut bakal membantu pengguna untuk melaksanakan ibadah termasuklah solat lima waktu dan solat sunat.

Aplikasi itu akan menawarkan fungsi waktu solat, pencariah arah kiblat, laungan azan dan juga ajaran untuk melakukan ibadah solat. Pengguna bakal boleh memilih suara azan yang terdiri daripada barisan ustaz dan juga selebtriti tempatan.

Bacaan untuk beberapa surah terpilih juga akan disediakan dalam bahasa Arab, Melayu serta Inggeris. Aplikasi JustSolat.com dirancang untuk dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri dan terdapat untuk Android serta iOS.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi JustSolat.com dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version