Site icon TechNave BM

Cara beli telefon pintar original secara ‘online’ dengan selamat

[Kemas kini] – Oleh kerana kami sudah mempunyai aplikasi TechNave, anda kini boleh mencari kedai gajet yang terdekat. Anda boleh memilih untuk penghantaran (COD) memandangkan semua kedai di aplikasi kami adalah penjual sah. Anda boleh memuat turun aplikasi TechNave pada Google Play Store dan App Store. Klik disini untuk maklumat lanjut (melalui TechNave EN).

Dari masa ke masa, pembaca sering bertanya tentang tempat terbaik untuk membeli telefon pintar (dan turut bertanya lokasi “kedai” kami). Biasanya, kami akan terus memberitahu untuk membeli di laman web rasmi atau Concept Store, namun masih ada golongan di luar sana yang ingin menipu duit anda. Untuk TechNavers, kami telah memutuskan untuk menulis artikel ini khusus buat anda. Ikuti penulisan “Cara beli telefon pintar original secara ‘online’ dengan selamat” berserta beberapa tips untuk anda.

Terdapat beberapa laman web rasmi yang sah untuk pembelian dalam Malaysia seperti Lazada, Shopee dan PrestoMall sebagai destinasi e-dagang utama jika anda susah untuk memandu ke kedai berdekatan. Di samping itu, beberapa jenama telefon pintar juga mempunyai kedai dalam talian untuk rakyat Malaysia seperti apple.com.myhihonor.com/my, Huawei.com/my/, samsung.com/my, vivostore.com.myoppostore.com.my dan lain-lain. Jenama telefon pintar lain seperti realmeASUS dan Xiaomi turut mempunyai kedai dalam talian, tetapi di Lazada dan Shopee.

Perlindungan Pasaran dalam Talian

Untuk yang masih tidak tahu, laman-laman web kedai dalam talian seperti yang dinyatakan di atas dan kedai rasmi mempunyai fungsi perlindungan pembelian selamat yang membenarkan anda mendapat pulangan penuh jika barang tidak berjaya dihantar atau penghantaran yang salah. Fungsi terjamin ini adalah daripada operator pasaran dalam talian sendiri, bukan penjual. Ini bermakna ianya boleh dipercayai kerana syarikat pasaran dalam talian adalah tersenarai dalam syarikat awam yang beroperasi di Malaysia.

Ini yang anda perlu semak untuk membeli telefon pintar original di Lazada
Versi Shopee
Pastikan anda semak ‘Local Manufacturer’

Cara untuk melihat fungsi ini? Melalui Lazada, anda boleh melihatnya pada sebelah kanan laman produk dengan deskripsi ‘7/14 Days Easy Return’ dan ‘1 Year Local Manufacturer Warranty’. Jika anda menemui set AP (produk import daripada luar negara), ia akan dilabel sebagai ‘Local Supplier Warranty’. Ada yang terletak di bawah halaman juga seperti Shopee dengan tag ‘Shopee Guarantee’. Adakah telefon pintar ini original? Seperti yang dinyatakan, anda perlu mencari ‘1 Year Local Manufacturer Warranty’.

Lebih tips dan cara untuk ketahui telefon pintar original atau tidak

Selagi produk memiliki ‘1 Year Local Manufacturer Warranty’, besar kemungkinan ia adalah original. Namun, ada beberapa penjual yang boleh membohongi anda melalui label ini. Proses untuk mendapat pulangan wang juga agak leceh jika ianya terjadi. Berikut adalah tips untuk mengelakkan daripada ditipu penjual yang tidak bertanggungjawab.

Cara menyemak harga terkini dan spesifikasi teknologi yang betul?

Kadang-kadang, penipu siber akan cuba menjual peranti seperti Huawei P40 Pro dan Samsung Galaxy S20 Ultra dibawah harga pasaran (RRP) dengan kapasiti RAM atau storan tertentu. Anda sentiasa boleh menyemak kembali di laman TechNave.com atau muat turun aplikasi TechNave untuk melihat jika spesifikasi tersebut benar. Anda juga boleh menyemak harga terkini di TechNave.com atau aplikasi TechNave dan mencari telefon pintar dengan bajet anda.

Semoga makluman berkenaan tips untuk membeli telefon pintar atau produk dalam talian ini membantu anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi Lazada ’14-Days Easy Return’, anda boleh membaca FAQ disini. Anda juga boleh membaca Jaminan Shopee disini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version