Site icon TechNave BM

Cara membuat pembayaran Apple Pay menggunakan iPhone dan Apple Watch

Apple akhirnya secara rasmi mengumumkan bahawa perkhidmatan pembayaran Apple Pay kini berada di Malaysia mulai 9 Ogos lepas. Perkhidmatan ini akan berfungsi dengan kad Visa dan Mastercard daripada bank termasuk AmBankMaybank dan Standard Chartered Bank.

Di bawah merupakan cara-acara memasukkan data kad debit atau kredit pada Apple Wallet anda:

  1. Pergi ke Apple Wallet
  2. Klik pada butang “MULA”
  3. Klik pada Kad Debit atau Kredit, kemudian tekan “Teruskan”
  4. Imbas kad debit atau kredit anda dan data kad akan dimasukkan secara automatik.

Tambahan, anda juga boleh menggunakan Apple Pay pada aplikasi dalam talian seperti Shopee, Sephora, Atome dan Adidas. Untuk menggunakan Apple Pay di kedai fizikal, anda hanya perlu mendekatkan iPhone atau Apple Watch anda berhampiran terminal tanpa sentuh dan sahkan menggunakan Face ID atau Touch ID.

Selain itu, Apple Pay hanya boleh membuat pembayaran di kaunter yang menyokong pembayaran NFC. Untuk pengguna iPhone, tekan butang kuasa sebanyak dua kali manakala anda perlu menekan butang di sisi dan di bawah butang kuasa Apple Watch.

Untuk lebih mudah, anda boleh klik pada pautan ini untuk menonton video TikTok kami. Kongsi di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version