Site icon TechNave BM

Cara semakan terkini dan penyemakan semula keputusan SPM 2022

Hari ini merupakan hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022. Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM di 3,355 buat pusat peperiksaan di seluruh negara untuk tahun 2022.

Keputusan SPM telah mula dikeluarkan pada pukul 10 pagi tadi tetapi sekiranya ada calon yang tidak mempunyai masa untuk mengambil keputusan tersebut, anda boleh menyemak keputusan melalui dalam talian. Calon mempunyai beberapa pilihan untuk menyemak keputusan seperti pergi ke sekolah, dihantar melalui pos atau hubungi Jabatan Pendidikan Negeri, semakan dalam talian dan secara SMS.

Sekiranya calon tidak berpuas hati dengan keputusan SPM, anda boleh membuat permohonan semakan semula mulai 8 Jun hingga 7 Julai 2023. Permohonan ini memerlukan bayaran sebanyak RM100 bagi setiap mata pelajaran. Anda juga boleh membuat permohonan semakan semula melalui dalam talian di sini. Cara yang sama bagi calon yang mendapat keputusan ‘T’ tetapi tanpa sebarang caj dikenakan.

Kami berharap semua calon SPM 2022 beroleh keputusan cemerlang dan dapat menyambung ke Universiti yang diidamkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bantuan Rakyat

Exit mobile version