Site icon TechNave BM

Cara untuk melaporkan jenaka yang ‘tidak mendarat’ di TikTok, Instagram dan Facebook

Dengan kekecohan yang berlaku mengenai seorang pelawak Singapura, Jocelyn Chia, akaun Instagram dan Twitternya telah digantung. Ini mungkin kerana ribuan netizen Malaysia yang tersinggung telah membuat laporan kepada kedua-dua platform media sosial berkenaan.

Dalam video yang tular itu, Jocelyn membuat pelbagai lawak jenaka yang menghina Malaysia dan membandinkannya dengan Singapura yang kononnya adalah sebuah negara kelas pertama. Lebih-lebih lagi, ramai yang tersinggung apabila beliau mengatakan pesawat Malaysia tidak berfungsi dan sering hilang, merujuk kepada tragedi MH370 yang mengorbankan ratusan penumpang.

Cara buat laporan di TikTok
Cara buat laporan di TikTok

Kami akan menunjukkan cara-cara anda boleh membuat laporan di TikTok sekiranya seseorang itu memuat naik kandungan yang keterlaluan di media sosial. Ikuti langkah seperti gambar di atas sekiranya anda kurang pasti atau baca langkah di bawah:

  1. Pergi ke sesebuah akaun yang anda ingin buat laporan.
  2. Klik pada anak panah di bahagian kanan atas skrin
  3. Kemudian, klik pada ikon ‘bendera’ yang bertulis “report”
  4. Anda akan diberi pilihan sama ada laporan akaun atau kandungan
  5. TikTok menunjukkan senarai sebab untuk anda membuat laporan
Cara buat laporan di Instagram
Cara buat laporan di Instagram
Cara buat laporan di Facebook

Untuk Instagram dan Facebook pula, ia hampir sama dengan platform TikTok tetapi ikon yang sedikit berbeza. Anda boleh mengikuti langkah seperti gambar di atas. Setelah membuat laporan, setiap sosial media akan melakukan siasatan sekiranya ia benar keterlaluan atau menyinggung pihak tertentu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version