Site icon TechNave BM

Carian Google mudahkan pengguna cari hasil daripada Reddit dan forum dalam talian yang lain

Google mengumumkan beberapa ciri baharu bakal hadir ke Carian Google untuk memudahkan pengguna. Ia turut membantu pengguna untuk mencari liputan berita yang diterjemahkan menggunakan pembelajaran mesin.

Seperti yang diumumkan dalam catatan blog, Carian Google menegaskan bahawa ia menambah modul “perbincangan dan forum” (discussions and forum) bersama hasil carian yang lebih tradisional. Modul ini akan menyenaraikan siaran yang berkaitan dari forum dalam talian seperti Reddit, Quora dan lain-lain.

Menurut Google, hasil carian daripada modul baharu akan muncul apabila anda mencari sesuatu yang boleh dimanfaatkan daripada pelbagai pengalaman peribadi yang ditemui dalam perbincangan dalam talian. Ciri ini kini dilancarkan untuk carian mudah alih di Amerika Syarikat tetapi masih belum disediakan secara global.

Bagi ciri liputan berita yang diterjemahkan, Google menjelaskan bahawa ia akan memudahkan untuk menyemak imbas tajuk berita antarabangsa yang diterbitkan dalam bahasa selain bahasa Inggeris. Selain itu, carian liputan tempatan yang relevan akan diterjemahkan oleh Google menggunakan teknologi mesinnya.

Google berkata berita global yang keluar berkaitan carian dapat membantu pengguna daripada segi perspektif global dan berita penting. Ciri ini kini dalam versi beta dan hanya akan dilancarkan pada tahun hadapan. Ia akan memperkenalkan keupayaan menterjemah tajuk dan artikel daripada Sepanyol, Perancis dan Jerman ke dalam bahasa Inggeris dengan bahasa lain yang berpotensi untuk ditambah pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version