Site icon TechNave BM

Carl Pei sahkan fon kepala pertama Nothing akan dilancar pada 1 Julai ini

Jenama teknologi yang berpangkalan di London, Nothing, kini sah akan melancarkan fon kepala over-ear pertama yang dinamakan Nothing Headphone (1). Produk ini dijadualkan untuk diumumkan secara rasmi pada 1 Julai 2025, jam 6 petang waktu London (bersamaan 1 pagi waktu Malaysia, 2 Julai).

Lebih menarik, pelancaran ini akan berlangsung serentak dengan pendedahan Nothing Phone (3), menandakan satu langkah besar bagi Nothing dalam menembusi pasaran audio premium. Perkara ini diumumkan sendiri oleh CEO Nothing, Carl Pei, ketika acara SXSW di London.

Apa yang membuatkan peminat lebih teruja ialah kerjasama Nothing bersama jenama audio terkenal dari UK iaitu KEF yang terkenal dengan kualiti bunyi bertaraf tinggi. Walaupun spesifikasi penuh masih dirahsiakan, kolaborasi ini menunjukkan Nothing serius mahu bersaing dengan pemain besar seperti Apple AirPods Max tetapi dengan sentuhan rekaan lut sinar.

Sebelum ini, khabar angin mengenai fon telinga timbul daripada laman pensijilan SGS Fimko dan kini, ianya sah Nothing Headphone (1). Anggaran harganya adalah sekitar USD299 (~RM1,264) yang jauh lebih murah berbanding pesaing dalam kategori yang sama.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: X Carl Pei

Exit mobile version