Site icon TechNave BM

‘Casing’ iPhone 12 mula dihasilkan, senarai harga jangkaan bermula ~RM2806

Selepas melancarkan iPhone SE, kini hanya tinggal siri iPhone 12 sebagai peranti Apple yang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Baru-baru ini, seorang pemblog digital telah mengongsikan beberapa gambar yang didakwa adalah perumah (casing) lutsinar siri iPhone 12.

Berdasarkan gambar, siri iPhone 12 mempunyai tiga saiz berbeza, iPhone 12 5.4 inci, iPhone 12 Pro/Max 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Terdapat bukaan petak untuk rekaan kamera pada belakang perumah tersebut yang memperlihatkan rekaan iPhone 12 mungkin menyamai rekaan iPhone 11.

Pada bahagian sisi perumah, posisi dan rekaan butang berbentuk petak klasik seperti menyamai siri rekaan butang siri iPhone 4 dan siri iPhone 5. Apa pun, kita hanya boleh mengetahui pengesahan rekaan ini apabila siri iPhone 12 dilancarkan kelak.

Jangkaan harga iPhone 12 berdasarkan berita sebelumnya adalah:

iPhone 12 Max:

iPhone 12 Pro

iPhone 12 Pro Max

Perlu diingatkan bahawa kesemua yang dinyatakan adalah jangkaan yang disebarkan melalui pemblog digital atau pengulas teknologi sahaja. Jangkaan ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Sekurang-kurangnya, anda boleh merancang jika ingin meneruskan rancangan untuk membelinya atau tidak berdasarkan harga jangkaan ini.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave中文版

Exit mobile version